← 返回首页
Muat turun Firefox untuk Desktop — daripada Mozilla
Menu

Firefox Browser

Kawalan internet di tangan anda

Masuk dalam talian dengan gangguan, kebingitan dan tekanan yang kurang. Kami umpama udara bersih yang segar.

Tetapkan Firefox sebagai pelayar lalai anda.
Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Ciri-ciri terbaru Firefox

  • Kurangkan kebingitan

    Halang iklan dan tingkatkan privasi dengan tetapan khusus dan extensi yang boleh dimuat turun.

  • Berbilang tugasan?

    Tukar ke mod membaca, asingkan tetingkap video dan susun dengan lebih kemas menggunakan tab menegak dan tab berkumpulan.

  • Simpan tab di dalam tab

    Tutup semua duplikasi, cari dan pinkan tab terbuka — ada jutaan kemungkinan dalam jutaan tab yang anda buka.

Lihat Nota Pelepasan

Dapatkan pelayar yang membantu anda menyiapkan tugasan

Halang penjejak iklan tanpa bersusah-payah

Penjejak iklan melembapkan muatan laman web. Dengan Firefox, anda tidak perlu bertungkus-lumus membuat tetapan kerana kami menghalang kebanyakan penjejak secara automatik.

Lihat laporan perlindungan anda

Hentikan gangguan

Fokuskan dengan extensi seperti Tomato Clock dan Turn Off the Lights — kami mengesyorkannya, extensi bertaraf lima bintang akibat kekuatan keselamatan serta fungsinya.

Benda anda, semua di depan skrin

Dapatkan Firefox mudah alih agar kata laluan, tab dan sejarah — serta privasi dan keselamatan yang anda harapkan — berada bersama anda di mana jua.

Privasi siap bina

Data peribadi anda bukan untuk dijual Penjejak dan kuki pihak ke-3 dihalang secara lalai, agar anda dapat berlayar dengan damai.

Ketahui cara Firefox melindungi data anda

*Betul-betul* jadikannya milik anda

  • Kerja dengan bijak, bersantai lebih rancak

    Terokai potensi untuk penyelidikan, membeli-belah dan banyak lagi di extensi.

  • Selamat tinggal, pelayar bosan!

    Internet mampu menjadi tempat yang damai, dengan add-on yang betul theme.

Bebas jutawan selama 20+ tahun

Firefox dibangunkan pada 2004 oleh Mozilla sebagai pelayar internet yang lebih pantas, peribadi dan boleh diubah suai berbanding pelayar seperti Internet Explorer. Hari ini, kami masih lagi bukan berasaskan keuntungan, tidak dimiliki mana-mana jutawan dan masih teguh menjadikan internet — serta masa yang anda curahkan ke dalamnya — tidak sia-sia.

Tetapkan Firefox sebagai pelayar lalai anda.
Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox
Ada soalan? Bantuan Mozilla sedia membantu.

Dapatkan Firefox Browser untuk Android

Dapatkan Firefox Browser untuk iOS

Muat turun pelayar Firefox mudah alih untuk perlindungan automatik bagi semua peranti anda.

Ketahui mengenai pelayar Firefox desktop di bawah